Jalan cerita Tasik Swan

Seorang putera bernama Siegfried tertarik dengan seekor swan yang cantik, namun putera tersebut tidak tahu bahawa angsa itu sebenarnya adalah seorang puteri jelita bernama Odette yang disihir rupanya oleh Von Rothbart yang menculiknya. Dalam versi aslinya balet itu berakhir dengan matinya Odette.

Cerita ini menumpu kepada persaingan antara kebaikan dan kejahatan. Pertarungan tersebut dibentuk dengan watak ganda Odette/Odile yang masing-masing berpenampilan putih dan hitam. Watak ganda ini dilihat sebagai salah satu persembahan paling banyak didambakan balerina di mana para penari terkenal seperti Alicia Markova, Margot Fonteyn, Maya Plisetskaya dan Natalia Makarova pernah melibatkan diri dalam persembahan sedemikian.[3]